“MASHTAH!!” satu suara melaung memanggil Mashitah. Tergesa-gesa Mashitah
berlari mendapatkan tuannya itu.
“Ya, Tuan Daniel. Ada apa-apa yang perlu saya lakukan?” lembut
tutur katanya. Tuan Daniel memandang Mashitah dengan tajam.
“Aku mahu wain tahun 1986 punya. Pergi ambil cepat!” tegas Tuan
Daniel. Semua pembantu Tuan Daniel gerun dengannya kerana dia seorang yang
tidak berperikemanusiaan.
“Baiklah Tuan Daniel,” patuh Mashitah.
Mashitah berjalan kearah rak yang menempatkan minuman keras.
Sebelum Mashitah memegang botol itu, dia memakai sarung tangan terlebih dahulu.
Mashitah bukanlah orang yang beragama islam tetapi dia tidak suka bau arak
melekat padanya. Tidak sampai 3 minit, Mashitah sudah menghidangkan air kepada
tuannya.
“Tuan, Tuan mahu makan?” soal Mashitah.
“Aku lapar. Pergilah kau buatkan aku makanan yang sedap,” arah
Tuan Daniel.
“Tapi Tuan.. Bekalan makanan sudah habis. Saya ingin minta izin
Tuan untuk keluar sebentar membeli bahan untuk memasak,” mendengarkan itu, tuan
Daniel lantas bingkas. Bercekak pinggang menghadap Mashitah. Mashitah hanya
tunduk ketakutan.
“APA? Sudah habis? Hei, baru saja aku bagi duit beli barang minggu
lepas. Sudah habis kau kata? Apa yang kau buat, ha? Kau curi bagi pada suami
kau yang lumpuh tu ye?” Tuan Daniel memarahi Mashitah. Merah padam mukanya
menahan marah. Mashitah hanya tunduk tidak berkata apa.
“Papa, sudahlah tu! Bagi saja duit kat dia. Jue dah lapar ni!!”
sampuk Julia, puteri kesayangan Tuan Daniel yang baru saja turun dari biliknya.
Satu-satunya anak tunggal.
“Sudah!! Ambil duit ni. Pastikan kau masak yang sedap-sedap!” arah
Tuan Daniel sambil menghulurkan dua keping not Rm50.
“baiklah Tuan Daniel,” Mashitah mengangguk perlahan dan terus
berlalu ke dapur.
*Azan sedang berkumandang ketika Mashitah berjalan pulang dari
pasar. Mashitah berhenti berjalan di depan Masjid betul-betul menghadap pintu
masuk. Mashitah melihat ramai orang muslim berjalan masuk ke dalam masjid. Baik
laki-laki mahupun perempuan. Mendengarkan azan itu, Mashitah berasa sangat tenang.
Dia memejamkan mata menghayati alunan azan itu.
Ustaz Sufi yang memerhatikan gelagat Mashitah, datang menegurnya
selepas bilal masjid selesai mengalunkan azan.
“Mashitah, kamu dari mana?” soal Ustaz Sufi ramah.
“Oh.. Ustaz, saya dari pasar beli bahan-bahan untuk memasak. Saya
mahu balik ke rumah Tuan Daniel. Mengapa Ustaz tidak masuk ke dalam seperti
orang lain?”
“Saya memang mahu masuk ke dalam. Tapi, aku lihat kamu di sini.
Saja aku datang untuk menegur kamu. Aku tengok begitu asyik kamu berdiri di sini
tidak bergerak langsung,” Gurau Ustaz
Sufi dan ketawa kecil.
“Baiklah Ustaz, saya balik dulu. Nanti Tuan Daniel marah pula,”
“Baik-baik berjalan,” Mashitah segera berlalu dari situ. Ustaz
Sufi berjalan masuk ke dalam masjid dengan lafaz Bismillah dan doa syukur
kepada Allah.
Mashitah menoleh ke belakang. Dilihatnya Ustaz Sufi sudah
melangkah masuk. “kalaulah Ustaz tahu perasaan aku ketika ini. Apa agaknya
reaksinya? Aku bukan muslim dan juga bukan orang-orang yang mulia seperti
Ustaz. Aku mahu belajar islam, tapi aku malu. Aku juga takut Tuan Daniel akan
marah dan menghukum keluargaku.” Mashitah bermonolog sendiri. Hatinya resah.
Ramai yang tertanya mengapa namanya adalah nama wanita islam. Dia
juga tertanya sedangkan dia adalah beragama kristian. Ibunya pernah
memberitahu;
“Nama Mashitah ibu dapat daripada seorang muslim yang sangat baik.
Dia banyak membantu. Pernah ibu berharap untuk menjadi sepertinya suatu hari.
Kini, ibu sudah menjadi muslim. Ibu harap suatu hari nanti, Mashitah juga
begitu. Semoga Allah membuka pintu hatimu untuk menerima islam. Insya-Allah,”
Kata ibunya. Mashitah yang ketika itu masih remaja hanya mengangguk tanda
faham.
* “Tuan. Kerja saya sudah selesai. Saya nak minta izin untuk
pulang Tuan,”
“Pergilah kau! Sebelum tu, pastikan segala kerja kau seperti
selalu. Kalau aku nampak ada yang kurang, gaji kau akan ku potong, faham?”
herdik Tuan Daniel. Dipandangnya Mashitah seolah-olah dia adalah sampah yang
jijik. Mashitah hanya menggangguk dan berlalu dari situ.
Mashitah keluar mengikut pintu belakang. Sebaik melintasi pintu
pagar, Mashitah berhenti. Kaki dan hatinya seolah-olah tergerak mahu mengikut
arah bertentangan dari rumahnya. Dia berjalan dan terus berjalan. Akhirnya
Mashitah berhenti di hadapan rumah Ustaz Sufi.
Mashitah melihat langit dan arah matahari. Dia tahu waktu itu
Ustaz Sufi seharusnya berada di rumah selepas solat asar. Mashitah menjenguk ke
dalam rumah pula.
“Mashitah. Ada apa kamu di sini?” soal Khalijah, isteri ustaz
Sufi. Kebetulan dia sedang menyidai kain ketika terlihat kelibat Mashitah di
depan rumahnya.
Mereka bersalaman. “kak Khalijah, Ustaz Sufi ada di rumah? Saya
ingin berjumpa dengannya,”
“Jemputlah masuk, Mashitah. Suami akak ada di rumah. Dia baru saja
pulang dari masjid,” Benar telahan Mashitah. Mashitah duduk di kerusi sementara
Khalijah memanggil suaminya.
Ustaz Sufi duduk berhadapan dengan Mashitah manakala khalijah
beredar ke dapur untuk menghidang air. Mashitah bingkas berdiri.
“Kenapa berdiri? Duduklah,” Pinta Ustaz Sufi. Mashitah akur dan duduk
semula.
“Ada apa kamu ke mari, Mashitah?” soal ustaz Sufi.
Melihatkan Mashitah teragak-agak, Ustaz sufi bangun dan beredar ke
dapur untuk memanggil isterinya. Khalijah meletakkan cawan berisi air di
hadapan Mashitah. Ustaz Sufi duduk berhadapan dengan Mashitah, begitu juga
Khalijah.
“Ada apa kamu ke mari, Mashitah? Akak tengok macam kamu takut je.
Tuan Daniel marah kamu lagi ke?” soal Khalijah menduga.
“Tak Kak Khalijah. Mashitah ke mari kerana berhajat. Mashitah...”
Teragak-agak Mashitah mahu menyuarakannya.
“Katakan saja, Mashitah!” gesa Ustaz Sufi dalam nada yang lembut.
“Tak mengapalah. Mashitah pulang dulu. Suami Mashitah mesti tengah
tunggu,”
“Baiklah. Kalau ada apa-apa datanglah lagi,” Mashitah mengangguk
dan terus beredar.
* seminggu kemudian, hati Mashitah meronta-ronta mahu jumpa dengan
Ustaz Sufi dan Khalijah. Ada hajat yang mahu ditunaikan. Tetapi, mashitah
terasa malu.
Hujan lebat turun mencurah-curah ketika mashitah dalam perjalanan
pulang daripada pasar. Mashitah berteduh di ruang luar masjid. Kakinya tergerak
memasuki ke ruang yang lebih dalam. Dia tergamam tatkala matanya melihat
keliling masjid itu. Dia terpesona melihat keindahan ayat-ayat suci dan kalimah
ALLAH serta rasul. Seketika azan berkumandang. Mashitah duduk termangu di situ
sehingga bilal selesai melaungkan azan.
“Kak Khalijah!” panggil mashitah tatkala dia melihat khalijah
berjalan masuk.
“Ya Allah, Mashitah. Terperanjat akak.” Khalijah beristighfar. Tak
sempat dia bertanya, Mashitah sudah bersuara.
“Kak, boleh Mashitah datang ke rumah usai Mashitah habis kerja
hari ini?” soal Mashitah tanpa berselindung. Dia nekad akan menyuarakannya.
“Boleh tapi ada apa?”
“Nanti saja Mashitah khabarkan. Mashitah pulang dulu. Hujan pun
dah renyai je,” Khalijah mengangguk. Mashitah berlari-lari anak pulang ke rumah
Tuan Daniel.
Mashitah tergesa-gesa menyudahkan kerjanya dengan berhati-hati.
Dia tidak sabar mahu ke rumah Khalijah. Usai kerjanya, Mashitah meminta izin
untuk pulang. Julia pelik melihat tingkah lakunya. Namun dia tidaklah curiga
apa-apa.
“Kak Khalijah! Ustaz Sufi!” Mashitah melaung.
“Masuklah Mashitah,” Pelawa Khalijah. Dia sememangnya menunggu
kedatangan Mashitah seperti yang dijanjikan tengah hari tadi.
“Ada apa kamu mahu berjumpa?” soal Ustaz Sufi.
“Saya mahu… hm…”
“Tak usah takut. Katakan aja.” Gesa Khalijah. Bibirnya sentiasa
tersenyum manis. Mashitah memandang Khalijah. Wanita itu sangat ayu.
“Saya mahu masuk islam kak,” Terang Mashitah.
Khalijah dan Ustaz Sufi berpandangan. “Betul kamu mahu mengikut
segala ajaran islam, Mashitah?” soal Ustaz Sufi.
“Ye, Ustaz. Hati saya tenang bila dengar azan. Hati saya tergerak
untuk jumpa Ustaz supaya saya boleh mendalami islam. Saya tahu islam adalah
agama yang sangat suci,” Airmata Mashitah mengalir jua, terharu.
“Alhamdulillah. Syukur kepada Allah,” Ucap Ustaz Sufi dan Khalijah
hampir serentak. Bibir mereka tersenyum. Gembira dengan kenyataan Mashitah.
“Ha, bagaimana pula Tuan Daniel? Apa, kau tak takut Mashitah?”
soal Khalijah tiba-tiba. Dia teringatkan kebencian Tuan Daniel terhadap orang
Islam biarpun dia menetep di bumi islam.
Mashitah mengesat airmatanya. “biar saya yang uruskan semuanya.
Tahulah saya untuk sembunyikan perkara ini. Asalkan tiada orang lain yang
tahu.” Ujar Mashitah tenang. Pasangan suami isteri itu mengangguk. Namun, hati
mereka mendoakan kesejahteraan Mashitah sekeluarga.
“Saya pulang dulu, Ustaz.. Kak,”
“Baik-baik berjalan Mashitah,” Pesan Khalijah.
“Esok saya datang lagi.”
“Insya-Allah.” Ujar Khalijah perlahan. Mashitah melangkah keluar
dari rumah Khalijah dengan nafas yang lega. Dia berjalan laju menuju ke
rumahnya.
* Hari berganti hari dan bulan berganti bulan. Mashitah semakin
fasih dalam ajaran islam yang diajar oleh Ustaz Sufi dan Khalijah. Biarpun
berasa gerun dengan Tuan Daniel, namun Mashitah tetap teruskan niatnya.
Mashitah bersyukur apabila suaminya mengizinkannya malah suaminya
juga mahu memeluk islam. Hinggalah hari yang mana waktu itu sebelum umat islam
akan menunaikan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.
“Mashitah, Alhamdulillah kau sudah menjadi saudara kami. Semoga
kau sentiasa dirahmati Allah. Isya-Allah,” Doa Ustaz Sufi. Mashitah dan Adam
tidak menukar nama mereka. Hanya berbin dan berbintikan dengan nama Abdullah
sahaja.
“Syukur pada Allah. Semuanya diatas keizinanNya. Jika tidak, saya
tidak akan sampai ke sini hari ini,” Ujar Mashitah.
“Betul tu Mashitah,” Sampuk Khalijah.
“Terima kasih pada Ustaz dan kak Khalijah kerana sudi ajar kami
sekeluarga tentang islam. Kami rasa sangat tenang dan bahagia kini.
Alhamdulillah,” Ujar Adam, suami Mashitah.
“Bagaimana kamu bersolat di rumah Tuan Daniel, Mashitah?” soal
Khalijah. Dia masih berasa risau apabila memikirkannya. Dia sudah menganggap
Mashitah seperti adik kandungnya sendiri. Mashitah sangat baik dan tutur
katanya juga sopan.
“Usahlah akak takut atau bimbang. Kat sana memang ada bilik yang
disediakan untuk saya. Saya boleh bersolat di sana saja. Jika ke pasar, saya
boleh mengambil kesempatan darinya. Insya-Allah.”
“baiklah. Jaga diri, Mashitah, Adam. Semoga Allah melindungimu
selalu,” doa Khalijah.
“oh ye.. ini ada senaskah Al-Quran buat kamu sekeluarga.
Mengajilah selalu. Semoga kamu mendapat ketenangan dan keredhaan Allah.” Ujar
Ustaz Sufi sambil menyerahkan senaskah Al-Quran kepada Adam.
“terima kasih Ustaz.”
“ya. Sama-sama.”
* sudah beberapa bulan berlalu sejak pengislaman Mashitah dan
keluarganya. Dalam waktu yang panjang itu, Mashitah berjaya menyembunyikannya
dari pengetahuan Tuan Daniel. Setiap hari Mashitah akan ke rumah Ustaz Sufi dan
Khalijah untuk belajar ilmu Islam dengan lebih mendalam.
“MASHITAH!!” laung Julia. Hampir segenap rumah dapat mendengarkan
suaranya itu.
Kelam kabut Mashitah menanggalkan telekungnya dan berlari
mendapatkan Julia.
“Ye, cik? Ada apa yang boleh saya lakukan?” soal Mashitah. Dia
termengah seketika.
“apa yang kau buat, ha? Satu rumah aku cari kau, tahu? Kau curi
tulang, ye? Kurang ajar!” satu tamparan hinggap ke pipi mulus Mashitah.
Mashitah meraba pipinya. Terasa perit. “saya ke tandas, cik. Saya
sakit perut,” Bohong Mashitah.
“Sudah! Banyak alasan kau! Aku lapar. Pergi buat makanan untuk aku
dan papa. Kau ingat aku tak tahu ke mana kau pergi selama ini? Apa yang kau
buat dengan Sufi di rumahnya, ha? Kau bermesra dengan dia pula selepas tak
tahan dengan suami kau ye? Dasar perempuan murahan! Kau bernasib baik aku tak
lapor pada papa!!” Julia mengugut. Mashitah tersentak. Sempat dia beristighfar
dalam hati.
“Saya bukan seperti yang Cik katakan. Saya….” Belum habis
Mashitah bercakap, Julia terlebih dulu memotong.
“sudah! Pergi buat makanan aku. Buang masa saja cakap dengan
perempuan murahan macam kau!” langsung tiada rasa hormatnya pada Mashitah yang lebih
tua darinya.
Mashitah berlalu ke dapur. Air matanya mengalir lebat. Sedih
apabila difitnah. Dia tahu sebagai seorang muslim, dia perlu bersabar. Allah
menyukai orang-orang yang sabar.
*Ustaz Sufi, Khalijah dan penduduk kampong yang lain bergegas menuju
ke rumah Tuan Daniel. Mereka mendapat tahu daripada Ahmad yang kebetulan
melalui depan rumah Tuan Daniel. Ahmad mengkhabarkan Mashitah sedang dipukul
dengan oleh orang suruhan Tuan Daniel kerana bukti pengislamannya terbongkar.
“Kurang ajar kau, Mashitah. Ini yang aku dapat selepas bertahun
lamanya aku memberi kau makan? Sekarang aku nak kau keluar daripada islam,”
Tengking Tuan Daniel.
“Tidak, Tuan Daniel. Hati aku hanya pada Tuhan yang satu. Tuhan
yang Esa. Dan Dia adalah ALLAH. Tiada Tuhan melainkan Allah. Nabi Muhammad
persuruh Allah.” Tegas Mashitah. Sekali lagi dia disepak Tuan Daniel. Mashitah
mengerang kesakitan.
“Lebih baik kau menurut perintahku atau aku akan membunuh suami
kau dan seterusnya adalah kau, Mashitah!” ugut Tuan Daniel. Ditangannya sudah
tergenggam sebilas pisau.
“Langkah mayat kami dulu sebelum kau mahu membunuh Mashitah dan
Adam, saudara baru kami, Daniel!” sampuk Ustaz Sufi. Mukanya kelihatan tegang.
Bersedia mahu melawan. Para lelaki di belakang Ustaz Sufi mula bersuara dengan
berani. Khalijah bersama beberapa kaum hawa yang lain mengundur ke belakang.
“Sebelum kau dan orang-orang tak guna kau itu aku hapuskan, lebih
baik kau pergi dari sini dan jangan masuk campur dalam urusan aku, Sufi!” Tuan
Daniel juga tidak mahu mengalah.
“Berpantang maut sebelum mengalah. Kami takkan gentar dengan kau,
Daniel. Allah sentiasa ada untuk membantu kami melawan orang munafik seperti
kau, Daniel.” Ustaz Sufi dan orang-orangnya bersedia untuk melawan.
“Kurang ajar!! Hapuskan mereka!” arah Tuan Daniel kepada
orang-orangnya sedang dia sendiri berundur ke belakang. Mereka berlawan
sehinggalah orang-orang Tuan Daniel berjaya ditumpaskan. Tuan Daniel sudah
ketakutan.
“Daniel, sebelum terjadi apa-apa pada kau dan anak kau, lebih baik
kau berambus dari Negara ini. Kami tidak mahu menerima orang seperti kau!”
Ustaz Sufi memberi amaran. Dengan beraninya dia mendekati Tuan Daniel.
“Berambus kau, Daniel!” sahut seorang penduduk lelaki yang lain pula.
Tuan Daniel segera memanggil anaknya untuk beredar dari situ. Dia
tidak mahu apa-apa terjadi kepada anak kesayangannya itu dan bergegas dari situ
tanpa mengambil harta di rumahnya. Suatu hari nanti dia akan datang. Nekadnya.
“Terima kasih Ustaz dan kalian semua. Pasti kami sudah tiada lagi
jika kalian tidak datang membantu.” Setelah Tuan Daniel dan anaknya pergi,
barulah Mashitah berani bangkit.
“Sudahlah. Kami sudah lama mahu dia pergi dari sini. Selepas ini,
kita boleh hidup dengan aman. insyaAllah,” Ujar Ustaz Sufi. Mashitah menoleh
kearah suaminya yang sedang dibantu oleh beberapa orang lelaki.
“Kenapa kau sedih, Mashitah?” soal Khalijah yang menyedari
kemurungannya. Dia memeluk bahu Mashitah bagi menenangkannya yang mungkin sedang ketakutan.
“Apa yang kami nak makan lepas ni? Sumber rezeki kami dah pergi,”
Mashitah tertunduk. Adam memandang penuh simpati.
“Allah maha adil Mashitah. Dia memberi kau rezeki yang lebih halal
dari sebelum ini,” Ujar Ustaz Sufi.
“Maksud Ustaz?”
“Bekerjalah di rumah kami Mashitah. Insya-Allah ini yang terbaik
buat kamu,”
“Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih ustaz, Kak
Khalijah,” Syukur Mashitah. Adam mengangguk sambil mengalir air mata syukur.
Mashitah dan Adam dibawa ke klinik berdekatan untuk dirawat bersama beberapa
orang lagi lelaki yang tercedera ketika berlawan tadi. Segala kos rawatan
ditanggung Ustaz Sufi.
Alahmdulillah.. Cerita yang sangat baik. Kekuatan Masyitah sama seperti seorang wanita dan keluarganya pada zaman Rasulullah SAW yang sanggup dibuang ke dalam minyak panas demi mempertahankan agama ISLAM..Tahniah Nad. Terharu..:)
ReplyDeleteterima kasih Fatrim Syah... :)
ReplyDeletekebanyakan cerita memang digarap dari pengajaran kisah zaman Rasulullah SAW... :)