Pages

Unit Pengikut

Friday 7 October 2011

Sahabat Panboy

SEBUAH perodua kancil diparkingkan betul-betul dihadapan sebuah rumah teres dua tingkat. Seorang gadis remaja yang bertudung pink keluar dari kereta dan menutupnya kembali. Perlahan dia mengeluh kecil. Tangan kanannya menekan punat kunci kereta. Dia berjalan mendekati pintu pagar rumah.
“Assalamualaikum?” gadis itu memberi salam. Apabila terdengar seseorang menjawab salamnya, segera gadis itu membuka pintu pagar rumah seperti sudah biasa berada di situ.
                “Intan, awal hari ini?” tegur seorang wanita separuh umur sambil mempelawa Intan masuk ke rumahnya. Intan menyalami wanita itu sebaik berjalan masuk ke dalam rumah.
                “Biasalah, makcik. Kalau bukan giliran Intan drive hari ini, alamatnya memang lewatlah kami,” seloroh Intan. Mak esah hanya tertawa.
                “Aisyah dah bangun, makcik?” tanya Intan lagi. Dia melihat keliling rumah mencari kelibat teman baiknya itu.
“Tadi ada makcik kejutkan dia. Pergilah Intan tengok dia. Entah-entah masih berdengkur macam selalu,” Intan ketawa sambil menggelengkan kepala. “Biasalah. Kalau giliran Intan bawak memang suka dia tu. Intan ke atas dulu ye makcik,” Intan meminta izin dan terus menaiki tangga ke tingkat atas.
Sampai je dihadapan bilik tidur Aisyah, Intan terus memulas tombol dan menolak daun pintu. Perlahan dia berightifar apabila dilihatnya Aisyah masih lagi berbaring diatas katilnya. Intan masuk ke dalam bilik itu seraya mengejutkan Aisyah.
“Syah, bangun Syah. Kita dah lambat ni. Cepatlah pergi mandi!” Intan menggoyangkan tubuh Aisyah berulang-ulang kali sehingga Aisyah terkebil-kebil membuka matanya.
“Awal lagilah, Intan. Macamlah aku tak tahu kau suka memekak awal-awal pagi,” gurau Aisyah sambil mengeliat ke kiri dan kanan. Lantas dia mencapai tuala dan segera masuk ke bilik air.
“Banyak kau punya awal pagi. Cepat! Aku tunggu kau kat bawah,” ujar Intan.
Intan turun ke tingkat bawah mendapatkan mak Esah yang sedang menyiapkan sarapan pagi untuk anak tunggalnya, Aisyah.
“Tak bangun lagi dia tu?” soal mak Esah sebaik Intan duduk di kerusi makan berhadapan dengannya.
“Baru bangun, makcik. Sedang nak mandi katanya,” ujar Intan separuh bergurau sambil melihat juadah yang dihidang diatas meja.
“Hai, bilalah budak ni nak reti bangun sendiri. Nak harapkan orang saja, umur dah tua 19 tahun tapi macam budak-budak lagi,” bebel mak Esah mengenangkan sikap Aisyah yang terlalu manja. Mak Esah duduk di atas kerusinya sambil menuang minuman ke dalam cawan.
“Manja je dia tu. Tak apalah, dia pun dah pernah kata satu hari nanti dia berubah. Tak tahulah,” Intan teringatkan janji yang pernah Aisyah lafazkan padanya Cuma tunggu masa saja untuk dilaksanakan.
“Intan dah makan? Makanlah mihun ni. Banyak makcik masak. Pakcik kau pula terpaksa keluar awal sebab ada meeting. Tak ada siapa nak habiskan nanti,” pelawa mak Esah.
Intan tersenyum menampakkan baris giginya yang tersusun. Dia tidak lagi segan dengan keluarga Aisyah kerana sudah terbiasa memandangkan dia dan Aisyah sudah lama bersahabat sejak di sekolah menengah lagi. Mak Esah juga sudah menganggapnya seperti anak sendiri.
“Intan tunggu Aisyah turun dulu,”
“Pukul berapa kelas hari ini?” soal Mak Esah.
“pukul Sembilan makcik,” jawab Intan. Intan mengambil tiga keping pinggan kaca dan meletakkan mihun diatas pinggan untuknya, Aisyah dan mak Esah.
“Hah, mengumpat Syah, ye?” sergah Aisyah sebaik sampai di meja makan.
“mana ada. Kan tak baik mengumpat,” seloroh Intan.
“Macamlah aku tak dengar. Dah jom makan. Lapar ni. Kang lambat pula,” Aisyah terus duduk disebelah Intan dan menyuap mihun yang tersedia untuknya.
“Kalau lambat pun sebab awak jugak cik Aisyah oi,” bidas mak Esah. Intan tertawa mendengarkannya. Pantas jari Aisyah mengetam lengan Intan sehingga Intan terjerit kesakitan.
“Padan muka. Gelak lagi,” rajuk Aisyah.
“Ala.. Gurau je pun nak merajuk ke?” pujuk Intan.
Terletus tawa Aisyah melihat mimik muka Intan yang lucu sehingga tersembur sisa mihun yang dikunyahnya. Macam muka itik nak bertelur. Kelat.
“Apa tak senonoh ni, Syah?” marah mak Esah. Dia menggelengkan kepala. Ketawanya terletus apabila terlihat mimik muka yang dibuat Intan. Intan mengendurkan mukanya dan terus tertawa.

Usai bersarapan, Intan dan Aisyah bergegas ke kolej. Kereta dipandu sederhana laju meninggalkan perkarangan rumah teres dua tingkat. Sesampai di kolej, Intan mencari tempat parking untuk meletakkan keretanya.
Di ruang fakulti yang penuh sesak dengan pelajar-pelajar bergegas masuk ke kelas masing-masing, di satu sudut yang lain kelihatan Fakrul, kekasih Aisyah sedang melepak bersama Mira dan Azman sementara menanti Intan dan Aisyah. Rutin yang biasa mereka lakukan sebelum mereka ke kelas.
“Itu dia Panboy dah sampai,” ucap Azman. Kakinya digoyang-goyangkan sambil bersandar pada Fakrul, gaya berlagak.
“Apalah kau ni, Man. Tak habis-habis dengan panboy kau tu,” balas Mira yang berdiri di sebelah Azman.
“Betullah. Sorang sopan bertudung, sorang lagi pula tomboy macam lelaki,” Azman yang tidak mahu mengalah membalas kata-kata Mira.
Sorry, gang. Kita orang lambat sikit,” ucap Aisyah.
“Hai sayang,” tegur Fakrul kepada Aisyah. Sapaan biasa setiap kali mereka berjumpa. Aisyah hanya membalas sapaan itu dengan senyuman manis.
“Hah Syah. Kau dah print ke?” tanya Mira.
“Ada. Kau jangan risaulah. Selamat dalam beg aku ni ha!”
Beg yang digalas di belakang badannya dibawa ke depan untuk mengeluarkan kertas kerja berkumpulan mereka. Aisyah meraba-raba begnya.
“Eh, tak adalah. Alamak, macam mana ni? Habislah,” Aisyah kalut apabila yang dicari tidak dijumpai. Habis semua buku dan peralatan menulis berselerak dikeluarkannya.
“Kau jangan main-main, Syah! Aku tak bawa copy ni,” Mira juga membantu mencari. Mungkin Aisyah terlepas pandang folio tersebut.
“Dah! Tak payah cari. Ada ni kat aku. Aku tahu sangat Syah ni mesti terlupa. Aku nampak atas meja kat bilik kau tadi,” Intan mencelah. Dia mengeluarkan kertas kerja dari dalam beg sandangnya.
“Fuh.. Lega. Kau memang penyelamat kami disaat terakhir, Intan. Kalau kau tak ambil tadi memang haru kita semua kena buat balik pakai tangan. Tak mampu aku,” Aisyah memeluk bahu Intan. Intan menjeling. Seraya mereka semua ketawa.
Dalam jelingan itu, Intan terperasan pandangan Fakrul yang sedari tadi asyik memandangnya. Intan mula berasa tidak selesa meminta diri untuk masuk ke dalam kelas dulu.
“Aku masuk kelas dululah. Penat drive manual tadi,” pinta Intan.
“Jomlah masuk kelas. Aku pun dah penat tunggu pasangan Panboy lama-lama,” sampuk Azman. Mira mencubit lengan Azman tanda protes. Azman mengaduh.
“Panboy-panboy pun kawan kau juga! Siapa lagi yang selalu tolong kau kalau bukan pasangan Panboy ni,” bidas Mira. Dia menjeling pada Azman dan terus berjalan masuk ke dalam kelas.
“Dah! Jangan gaduh. Suka sangat kau orang ni bergaduh. Pantang jumpa betullah. Aku khawinkan kau orang dua baru tahu,” sergah Aisyah. Pantas dia mengekori Intan dan Mira yang sudah masuk di dalam kelas.
“Kau ni pun satulah. Agak-agaklah,” tegur Fakrul. tangan kanannya memeluk bahu Azman.
“Aku gurau je. Bukan buat apa pun. sensitiflah dia orang ni,”
“Sensitif tak sensitif. Nama pun orang perempuan,” jawab Fakrul. Terletus ketawa keduanya.

“Balik nanti kita pergi MPH ye,” ajak Intan sambil memandang Aisyah yang sedang memandu. Hari ini merupakan giliran Aisyah pula yang memandu ke kolej.
“Kau nak buat apa? Aku ingat nak terus baliklah. Mengantuk tak hilang lagi ni,”
“Ala.. Sekejap ja. Aku nak beli diary book. Yang lama punya dah habis tulis. Bolehlah,” pujuk Intan. Aisyah mengangguk sahaja sambil menguap.
“Dengan syarat belanja aku makan,” tambah Aisyah lagi.
“Ambil kesempatan nampak,”
“Eh, mestilah. Aku yang penat drive tahu,” tingkah Aisyah.
Sampai di kolej, terus dia memarkingkan keretanya di tempat biasa dan berjalan ke arah Fakrul, Mira dan Azman yang setia menunggu mereka di koridor. Di dalam kelas, mereka tersengguk-sengguk mendengar syarahan Encik Khairul yang membosankan selama dua jam.
“Baiklah. Sampai sini saja kelas,” akhiri Encik Khairul. Pelajar-pelajar mengucapkan terima kasih kepada Encik Khairul. Pantas mereka mengemas barang-barang untuk segera beredar.
“Aisyah, awak jangan balik dulu. Saya nak jumpa awak,” ujar Encik Khairul sambil memandang Aisyah yang ketika itu sudah berdiri.
“Baiklah,” Aisyah menurut saja tanpa bertanya lebih lanjut.
“Aku temankan,” pelawa Intan.
“Tak payahlah. Kau tunggu je kat luar atau kau lepak cafĂ© dulu, ok?” Aisyah menolak pelawaan Intan. Kebiasaannya, Aisyah lebih suka berjumpa dengan pensyarahnya secara bersendirian baik pensyarah perempuan mahupun lelaki. Lebih selesa, mungkin.
Intan dan Mira beriringan keluar dari kelas. Fakrul dan Azman mengekori dari belakang. mereka sama-sama menunggu Aisyah di koridor. Tiba-tiba Mira menjeling jam di tangan dan mengeluh perlahan.
“Man, jom balik. Aku ada hal sikitlah,” ajak Mira. Azman mengangguk setuju.
“Oklah, kita orang balik dulu. kirim salam kat Syah nanti,” ujar Azman. Mira dan Azman berjalan beriringan menuju ke tempat mereka. Tiba-tiba Mira berhenti dan menoleh.
“Rul, kau tak nak balik ke?” soal Mira.
“Huh? Tak. Kau baliklah dulu dengan Azman. Aku tunggu Syah,” dalih Fakrul. Sebenarnya dia ada alasan sendiri mengapa dia tak ikut balik bersama Mira dan Azman.
Mira menjungkitkan bahu dan segera masuk ke dalam kereta. Azman awal-awal sudah masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Azman segera memasukkan gear satu dan terus menekan pedal minyak. Perlahan kereta meluru meninggalkan perkarangan kolej.
“Intan?” Fakrul memanggil, lembut.
“Ye?” jawab Intan tanpa memandang ke arah Fakrul. dia gugup apabila berduaan dengan Fakrul.
“Aku ada benda nak bagitahu kau,” ujar Fakrul. Matanya terlalu asyik melihat wajah Intan biarpun hanya nampak sebelah sisi sahaja.
“apa dia? Cakaplah,” gesa Intan, masih tidak memandang Fakrul.
“Aku rasa aku sayangkan kau,” ucap Fakrul tanpa berselindung.
Intan terkejut. Pantas dia berhadapan dengan Fakrul. dikawal perasaan gugupnya sebaik mungkin agar tak kelihatan.
“Apa yang kau merepek ni? Agak-agaklah kalau nak bergurau pun,” Intan cuba ketawa.
“Betul, aku tak bergurau. Aku tak main-main. Baru aku sedar aku sebenarnya sayangkan kau, bukan Aisyah. Aku keliru sebab selama ni aku bercinta dengan Aisyah tapi dalam masa yang sama aku terfikirkan kau. Apa maknanya lagi kalau bukan aku sayangkan kau yang sebenarnya?” Terang Fakrul, bersungguh-sungguh.
Intan menggelengkan kepalanya dan ketawa. Dia cuba percaya yang Fakrul hanyalah bergurau walaupun dia tahu Fakrul bersikap serius terhadapnya. Dia tak mahu mendustai Aisyah.
“Fakrul, Aisyah sayangkan kau dan cintakan kau. Mungkin kau terfikirkan aku sebab selama korang keluar dating pun aku selalu ada. Mungkin kau terfikirkan aku sebab kau rasa aku ni menyemak aje ikut korang dating, kan?” duga Intan. Satu kemungkinan yang dia rasa tak mustahil.
“Tak! Perasaan aku, aku je yang faham. Aku sayangkan kau, Intan!” tegas Fakrul.
Intan berpura-pura ketawa dan berpaling untuk ke kafe. Lagi lama dia disitu, lagi parah andai kata Aisyah terdengar benda mengarut yang akan keluar dari mulut Fakrul lepas ni. Tanpa diduga, Fakrul menggenggam lengan Intan dan memalingkannya.
 “Aku cintakan kau, Intan, bukan Aisyah! Cubalah faham isi hati aku ni. Aku tahu kau pun cintakan aku jugak, Intan!” tekan Fakrul lagi. Suaranya sedikit meninggi.
Tiba-tiba Aisyah keluar dari kelas. Dia memandang Intan sekilas dan merenung tajam kearah Fakrul. Tanpa bersuara, Aisyah bergegas menuju ke keretanya meninggalkan Intan dan Fakrul.
“Aisyah tunggu aku,” panggil Intan namun Aisyah tidak mempedulikannya. Intan dapat memegang tangan Aisyah dan memalingkannya.
“Lepaskan aku!” Aisyah melepaskan lengannya dari pegangannya Intan. “Mulai hari ini jangan cari aku lagi dan anggap kau dan aku tak pernah berkawan!” Aisyah bertegas. Intan terkedu.
“Apa kau cakap ni?” soal Intan.
“Keputusan aku muktamad!” tuduh Aisyah yang menyangka Intan ingin merampas Fakrul daripadanya. Intan terkesima. Aisyah bergegas masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Intan bagai baru tersedar cuba mendapatkan Aisyah. Aisyah mengunci pintu keretanya.
“Syah, ini semua salah faham. Syah, tolonglah. Jangan buat aku macam ni. Dengan siapa aku nak balik, Syah?” Intan cuba bercakap dengan Aisyah sambil mengetuk cermin pintu namun Aisyah tidak peduli. Aisyah mengundurkan keretanya dan berlalu pergi meninggalkan Intan.
“Aisyah!” teriak Intan namun sia-sia sahaja kerana kelibat kereta yang dipandu Aisyah sudah hilang dari pandangannya.
“Intan?” panggil Fakrul yang sedari tadi hanya memerhati dari jauh. Kini, dia bertentangan dengan Intan.
Airmata Intan perlahan mengalir membasahi pipi. Dia tidak kisah dengan pandangan orang lain yang melihatnya menangis namun dia tidak dapat menerima yang Aisyah salah faham terhadapnya. Fakrul tergamam melihat Intan menangis.
“Janganlah menangis. Aku minta maaf. Aku hantar kau balik, ye?” pelawa Fakrul. Lembut memujuk.  Intan menggeleng lemah.
“Tak apalah, Fakrul. aku boleh balik sendiri,” ucapnya. Lemah kakinya melangkah meninggalkan Fakrul.
 “Intan!” panggil Fakrul.
Intan tidak menoleh. Fakrul mengejar dan menarik lengan Intan membuatkannya berpaling. Intan cuba bergelut melepaskan lengannya dari pegangan Fakrul dan terus menampar Fakrul. Fakrul terkejut.
“Cukuplah, Fakrul. please? Kau tak puas hati lagi? Biarkan aku sendirian,” pintanya.
“Intan, aku sayangkan kau. Biar aku hantar kau balik!” desak Fakrul. Intan menggelengkan kepalanya. Perlahan dia menarik nafas dan melepaskannya.
Whether you love me or not, I’m not love you and I swear that I will never love people like you, understand?” ujar Intan dan terus beredar meninggalkan Fakrul yang terpinga-pinga.
“Selama ini aku sangka kau juga mencintai aku kerana itu aku juga mencintai kau, Intan.” Ujar Fakrul perlahan namun Intan tidak mendengarnya.

“Assalamualaikum? Makcik, Aisyah ada?” tegur Intan sebaik melihat kelibat Mak Esah yang sedang mengemas laman rumahnya.
“Wa’alaikumsalam. Oh, Intan. Terkejut Makcik, ingat siapalah tadi. Aisyah tak balik lagi. Bukan ke Intan sepatutnya balik dengan Aisyah hari ini? Intan datang jalan kaki je ke? Pagi tadi pun Aisyah pergi kolej sendiri, kenapa?” soal Mak Esah sambil mempelawa Intan masuk ke dalam rumah.
“Rumah pun dekat, jalan kaki je lah, Makcik. Tak mengapalah, Makcik. Intan balik dulu ye? Kalau Aisyah balik, boleh tak suruh dia telefon Intan? Tadi Intan try call dia tak dapat,”
“InsyaAllah. Nanti makcik sampaikan,”
“kalau macam tu, Intan pergi dululah ye? Assalamualaikum,”
“Wa’alaikumsalam,” balas Mak Esah. Intan berpaling dan meninggalkan perkarangan rumah Aisyah. Mak Esah berasa pelik. Mesti ada yang tak kena dengan mereka berdua ni. Bisik hati Mak Esah.
Intan berjalan kaki menuju kerumahnya yang terletak dihujung lorong. Perlahan airmatanya mengalir. Tidak sangka Aisyah akan menyangkanya begitu. Tidak ke Aisyah tahu, sekelumit pun dia tak mahu mengkhianatinya. Dia sangat sayangkan Aisyah seperti adik sendiri. Mereka telah membesar bersama.
Kereta yang dipandu Aisyah melintasi Intan. Intan berpatah semula. Intan berasa gembira kerana dia berpeluang untuk berjumpa dengan Aisyah namun dia kecewa apabila Aisyah tidak berhenti di hadapan rumahnya sendiri sebaliknya Aisyah terus memecut laju meninggalkan kawasan perumahan itu.  Intan ralat dan menangis lagi.

Intan duduk menanti Aisyah di dalam kelas. Sengaja Intan datang lebih awal untuk bersua dengan Aisyah. Dia tahu walaupun Aisyah sering datang lewat, dia tidak pernah ponteng kelas kecuali jika ada hal penting untuk ponteng. Intan duduk di meja yang selalu mereka duduk bersama.
Pintu terbuka dari luar. Aisyah berjalan masuk dan terlihat Intan yang tersenyum memandangnya. Intan yang pada mulanya ingin menegur, terbantut apabila melihat Fakrul di belakangnya. Intan tergamam. Jika mereka bersama, mengapa Aisyah masih tidak mahu bertegur sapa dengannya.
Aisyah berjalan selamba ke belakang kelas tanpa mempedulikan Intan yang masih merenung ke arahnya. Fakrul juga ke belakang kelas tapi matanya memandang Intan. Intan juga tidak jadi memanggil Aisyah. Intan rasa dirinya tak penting lagi dalam hidup Aisyah. Bukan seperti apa yang pernah mereka ikrarkan bersama.
“Tergamaknya kau mungkiri janji yang pernah kita ikrarkan bersama dulu, Aisyah!” bisik hati Intan. Intan menjadi sebak namun ditahannya bagi menumpukan perhatian terhadap pembelajaran di dalam kelas.

“Intan!” panggil Fakrul. Intan yang ketika itu sedang berjalan ke keretanya menoleh. Sebaik terpandangkan Fakrul, Intan berpaling semula melajukan langkah kakinya. Fakrul menarik lengan Intan sehingga mendorong Intan berhadapan dengannya.
“Apa ni? Lepaslah!” Intan meronta melepaskan tangannya dari pegangan Fakrul.
Fakrul akur dan segera melepaskan Intan. Baru ingin bersuara, Intan sudah membuka pintu, belum sempat Intan masuk ke dalam kereta, dia terlihat Aisyah memerhatinya dari jauh. Riak wajah Aisyah seperti menahan amarah. Kemudian, dia berlalu pergi.
Intan berlari mendapatkan Aisyah tanpa mengunci pintu kereta terlebih dahulu. Intan memanggil Aisyah tapi tak dipedulikan.  Intan berjaya mendahului Aisyah ketika mereka sampai diperhentian bas, berhampiran dengan tempat Aisyah memarkingkan keretanya.
“Aisyah, dengarlah cakap aku dulu!” pinta Intan. Aisyah berdiri tegak tanpa memandang wajah Intan.
 “Syah, kau dengan Fakrul dah berbaik semula kan? Kenapa still tak nak tegur aku?” soal Intan. Aisyah merenungnya tajam.
“Sejak bila pula aku dengan Fakrul dah berbaik? Kau kalau bercakap biar berfakta. Kau tahu, aku rindukan kau dan nak berbaik semula dengan kau tadi tapi kau senang saja bermesra dengan Rul siap berpegang lagi. Dia memang dah minta maaf dengan aku tapi tu tak bermakna aku dengan dia dah berbaik semula. Sudahlah…” 
Laju sahaja kaki Aisyah melintasi jalan tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Tiba-tiba sebuah kereta meluncur laju ke arah Aisyah. Intan segera menolak Aisyah ke tepi tapi Intan tersungkur menyebabkan dia tidak sempat mengelak sehingga jasadnya sendiri terlambung ke belakang kereta.
Aisyah yang menyaksikan kejadian itu tergamam. Intan dilihatnya berdarah banyak. Perlahan dia mendekati Intan dan merangkul Intan di atas pahanya. Orang ramai mula mengelilingi mereka.
“Intan, terus bernafas. Someone call ambulans, please. Faster!” arah Aisyah. Pada siapa dia tidak tahu. Dia berdoa Intan selamat.
“Syah, aku dengan Rul tak ada apa-apa hubungan. Kau patut lebih tahu aku takkan rampas dia daripada kau. Aku sayangkan kau dunia akhirat macam adik aku sendiri, Syah. Maafkan aku sekali lagi,” ucap Intan dengan nada yang tertahan-tahan. Aisyah tergeleng-geleng menahan tangis.
“Intan, maafkan aku sebab tak percayakan kau, aku tak pedulikan kau, aku tinggalkan kau. Maafkan aku sebab buta dalam persahabatan kita. Maafkan aku atas segala-galanya,” pohon Aisyah. Airmatanya deras mengalir. Kepala Intan didekatkan ke dadanya.
“Maafkan aku, Intan.”

Dua hari sudah berlalu sejak Intan menghembuskan nafas terakhirnya di sisi Aisyah. Tubuh kecil Intan tidak dapat menahan kesakitan yang amat sangat dan juga kehilangan banyak darah. Aisyah melabuhkan punggung diatas katil milik Intan. Dia memerhatikan setiap ruang dalam bilik itu. Tiba-iba pandangannya tertarik untuk membaca diari yang terletak kemas di atas meja belajar.  Aisyah ambil dan membacanya yang hanya ada tiga helaian bertulis.
22 ogos 2011, Isnin.
Hari ini sepatutnya Syah temankan aku ke MPH untuk membeli buku dan diari tapi aku sedih apabila Aisyah tinggalkan aku di kolej hanya kerana salah faham. Aku. Ye, aku akui dulu aku pernah menyayangi Fakrul dalam diam tapi kerana Aisyah, satu-satunya kawan baik aku juga sangat menyayangi Fakrul, aku sanggup melupakan Fakrul. Dulu, akulah yang beria-ia menyatukan Fakrul dengan Aisyah tapi…
Aku ditinggalkan sendirian pulang ke rumah tadi. Aisyah langsung tak mahu mendengar penjelasan aku. Tergamaknya Aisyah. Sedih. Aku tak faham kenapa Fakrul tiba-tiba luahkan perasaannya dekat aku. Sedangkan selama ni aku tengok mereka bahagia sangat. Adakah sebab aku selalu ikut Aisyah berdating dengan Fakrul. sebab tulah aku anggap Fakrul main-main walaupun muka dia memang serius.
Itu aku tak kisah sangat. Aku terkilan dengan Aisyah. Macam mana dia tergamak tinggalkan aku dan tak nak dengar cakap aku? Hanya semata-mata salah faham yang disangkanya.
Ibu, anakmu ini kecewa sangat. Ibulah tempat Intan meluahkan perasaan. Aisyah tak sudi bersua dan bercakap dengan Intan lagi. Ibu, Intan sayang Aisyah. Tapi kenapa dia buat hubungan kami macam ni? Dia tak selidik dulu pun. ibu, Intan nak menangis lagi. Tolong jangan biarkan Intan sunyi. Ibu, Intan rindukan Aisyah.

24 ogos 2011, Rabu.
Aku ke rumah Aisyah dengan niat nak perbaiki hubungan kami. Aisyah matikan telefon bimbit dia dan kat rumah pun dia tak ada. Kat tengah jalan, aku nampak dia tapi dia buat tak endah, dia sanggup tak balik rumah sebab aku ada kat situ.. aku menangis apabila dia pergi tinggalkan aku macam tu je.
Aisyah, aku sangat rindukan saat manis kita bersama dulu. 2 hari tak bersapa macam berkurun lamanya. Aisyah, janganlah sebab Fakrul, ini yang kau hadiahkan kat aku. Aku terseksa, Aisyah. Aku tidak pernah terfikir nak merampas Fakrul. Mana janji yang pernah kita ikrarkan dulu? Susah senang bersama? Aisyah, tahukah kau? Hati aku sakit, sedih. Bagaimana keadaanmu sahabatku? Baik-baikkah? Aisyah, puisi ini khas untuk kau;

Aku terbiasa hidup bersamamu
Susah senang kita lalui bersama
Tak pernah kita keluhkan
Kau ada sering ku tertawa.

Tiap waktu ku teringat
Saat manis bersama
Kau sejukkan hati yang bergelora
Kaulah sahabat selamanya

Kini kau tiada lagi
Tak mampu ku lalui semua
Datanglah kepadaku kawan
Yang ku rindui selalu

Maafkan saja kesilapanku
Kan ku perbaiki kisah lalu
Binakan saja dunia kasih
Seperti semula…


25 ogos 2011, Khamis.
Masih tak mahu balas senyuman aku? Aisyah, tidak ada sekelumitkah perasaan untuk memahami aku? Masihkah kau tidak kenali prinsip aku? Aisyah, aku sangat terkilan. Aku sangat sedih. Tak ada teman yang boleh mendengar luahan aku selain kau, Aisyah. Kini kau dah tiada lagi. Kau tak mahu berkawan dengan aku lagi.
Aisyah, tompok pun rindukan kau. Selalu kau ke rumah aku pasti dia akan bermanja dengan kau. Tapi sekarang, tompok bagai rindukan ‘bulan’ yang tak kunjung datang. Dia tak mahu bermesra dengan aku seperti selalu. Adakah kucing ini juga menyalahkan aku diatas semua yang berlaku?
Aku nekad. Esok akan ku pastikan semuanya selesai. Akan aku pastikan tiada lagi kemarahan didalam hatimu, wahai sahabat walaupun aku terpaksa bergadai nyawa.

Aisyah menangis hiba. Dia tidak menyangka Intan juga menyayangi Fakrul. Kerana salah faham ini jugalah dia tergamak tak pedulikan dan menuduh Intan. Puan Aida, ibu Intan tiba-tiba menjenguk ke dalam bilik. Dia memegang bahu Aisyah. Aisyah hanya memandang Puan Aida. Pipinya masih basah dek airmata.
“Intan selalu mengadu dia rindukan Aisyah. Tiap malam makcik tahu Intan akan menangis di bilik ini. Sampai sekarang makcik tak tahu apa yang dah jadi pada Intan dengan Aisyah. Sekarang Intan dah tak ada. Kalaulah Aisyah boleh beritahu makcik apa yang dah berlaku,”
Semakin lebat airmata yang membasahi pipi Aisyah. “Makcik, maafkan Aisyah. Ini semua salah Aisyah. Kerana Aisyahlah Intan pergi meninggalkan kita buat selamanya. Kerana kebodohan Aisyahlah Intan jadi mangsa langgar. Aisyah yang jahat,” Aisyah memeluk pinggang Puan Aida. Puan Aida turut merasai kesedihan dan kehilangan satu-satunya anak perempuan yang dia ada.
“Sudahlah. Yang lepas kita biarkan berlalu. Makcik redha,”
“Maafkan aku, Intan.” Ucap Aisyah perlahan. “Maafkan Aisyah, Makcik.”

8 comments:

  1. simple nye...
    xada komen yg m'berangsangkan ke?
    i mean, ayat ke, jalan cerita ke..
    bg la yg kaw2 pnyee komen sbb aku rasa karya n idea aku mcm d takuk lama la.. :(

    ReplyDelete
  2. Nad, sebenarnya cerpen ni memang agak skema. Cuba Nad buat cerpen belasah je, jgn terikat dengan tatabahasa dan tanda baca yang menganggu tu. Nad taip je ikut cerita apa yang Nad nak sampaikan. Nanti Nad boleh tengok e-novel pet bertajuk 'Gaun Cik Boss, Tuxedo Mr Secretary'..cuba tgok pet main balasah je ya...hehehe..bukan nak kata pet baik, tapi ada akak yg suh buat macam tu supaya bacaan tak bosan. Anyway, isi cerita ni sebenarnya best...e'eh ada nama Syah..kekekeke..Good Luck! Keep it up writing nad..:)

    ReplyDelete
  3. memang nad nak skema..
    tp klu guna ayat2 blasah takt xjd...
    nad bc sndri yg skema xskema pon da bosan...
    hehehe :(
    pett, syah 2 pompuan ok...
    xde kne mngena dgn u...haha :p

    ReplyDelete
  4. terlalu pendek, dik. terlalu ringkas cerita. kalau boleh dikembangkan cerita mesti sedap. apa pun good job utk yang pertama

    http://teratakp3na.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Bayu Kenangan~~
    tq sbb sudi jenguk n bc cerpen yg xsberapa nie.. masa mula2 nie pon t'agak2 sbb sy xpndi wat crte pendek...
    pape pon, InsyaAllah sy akan p'baiki lebh lg...
    terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  6. Salam Siti nadiah,

    Selepas diedit semula barulah best. Nad menunjukkan peningkatan. Suka karya ini. Sedihhhnya...sampainya hati Nad menganggu jiwa2 lembut macam saya ini. Keep it up Nad, jangan segan2 kalau ada karya baru untuk dibaca, sharing is caring..:)

    ReplyDelete
  7. w'salam fatrim syah... :)
    sorry coz tlh m'ggu jiwa pett yg lembut...
    btw, tq... :)

    ReplyDelete